"KEJAYAAN sebenarnya pilihan kita"

0 comments
PMR datang lagi.....'free tuition' dah tamat....majlis restu ilmu dah pun dibuat....kembara solat hajat di empat buah kampung berdekatan selesai dilaksanakan....solat hajat khas untuk pelajar PMR jugak dibuat.....rasa-rasanya sebagai cikgu yang mengajar di luar bandar....semua keperluan untuk murid-murid sehabis daya dah ditunaikan...

....Berpuasa benar-benar MENGUJI KESABARAN...

0 comments
Assalamualaikum...selamat bertemu kembali...

Hampir sebulan berehat....bukan tak ada idea nak tulis....tapi dek kesibukan dan kelesuan di bulan Ramadan yang mulia....balik sekolah lebih kurang 3.30 pm, mula ke dapur menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.  Lepas maghrib biasalah ke masjid bertarawih.  Lebih kurang jam 10.00 barulah sampai ke rumah....otak dah penat nak menulis cerita terbaru....

Salam Ramadhan Al-Mubarak

0 comments
Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Jom kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini....
dengan melaksanakan amalan-amalan yang dituntut oleh NYA...
Kepada semua murid cikgu.....tinggalkan dulu tabiat yang tak elok tu...
sama-samalah kita bermuhasabah diri....
mungkin segala salah laku yang dilakukan oleh murid-murid cikgu tu.... 
sebagai tanda protes terhadap semua cikgu di SMKN ni.....
Cikgu seronok bila melihat anak-anak murid cikgu beramai-ramai ke masjid...
melakukan solat sunat tarawih...syukur alhamdulillah....TAPI....
jangan sampai ada aduan yang bukan-bukan pulak nanti...
daripada AJK masjid tentang tingkah laku kalian semua.....

Majlis Pelancaran Tahap Kuning

0 comments
Pelancaran Tahap Kuning dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan....lanjutan daripada Majlis Pelancaran Tahap Hijau yang lalu....konon-kononnya nak menaikkan semangat calon-calon PMR dan SPM tahun ni....tapi entah la....tengok result setengah tahun mereka ni cam biasa je....makin merosot ada la....cikgu-cikgu gak yang tension, pening kepala nak fikir strategi-strategi yang bagus....pulak tu kena present depan Pengetua....de briefing....

Sepandai-pandai tupai melompat....yang stresnya cikgu jugak....

1 comments
Bengang!!!geram sungguh cikgu pagi tadi bila cikgu Zaidi bagi tau 7 budak asrama (4 lelaki 3 perempuan) 'fly' dari asrama malam tadi...panjat pagar dan lepak di tepi pantai. Balik ke asrama jam 2.00 pagi...terserempak dengan Cikgu Zaidi (Ketua Warden).  Kesemuanya murid-murid OA....yang perempuan bila ditanya suara tak keluar....kena jerkah baru nak bukak mulut sikit...cikgu dan cikgu Zaidi terpaksa menggunakan nada suara tinggi....memang tak boleh berlembut ....cikgu Manan (Guru Bimbingan dan Kauseling) terpaksa masuk campur dan bawak bebudak tu ke kantin....katanya kalau disoal ramai-ramai tak dapat maklumat yang tepat.  Jadi cikgu hanya bawa seorang murid perempuan (si N) berjumpa dengan pengetua...sebab dia ni dah buat 2 kali kes yang serupa....dulu dah kena gantung asrama. 

Dalam hal ni....cikgu rasa tak perlu berlembut pun....cikgu dan pengetua soal siasat...katanya tak pergi pun ke pantai hanya duduk dalam kelas di kawasan sekolah.  Buat apa dalam gelap pukul satu dua pagi...geram betul cikgu...nak menipu tapi tak pro...akhirnya kantoi.....sebabnya blok kelas tu setiap malam dikunci oleh pengawal keselamatan...masih nak mereka cerita...katanya panjat melalui batang paip.  Cikgu, pengetua dan cikgu Zaidi pun pergi melihat batang paip mana yang dikatakan oleh si N tu (macam penyiasat pro la pulak)...tak masuk dek akal langsung murid perempuan boleh memanjat batang paip besi yang licin tu  ....pengetua pun dah malas nak masuk campur cerita karut-marut ni...nanti macam-macam lagi cerita yang direkanya.....terus berlalu dengan marah.....cikgu Zaidi pun dah bengang melayan kerenah si N ni....tinggallah cikgu berdua dengan N....terus bawak ke bilik dan keluarlah ayat-ayat yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh cikgu....apa lagi menangis teresak-esak sambil menarik-narik tangan cikgu...mintak ampun tak nak buat lagi....jangan beritahu ayah...dan macam-macam lagi rayuan....cikgu dapat rasa sejuk tangan si N dan mukanya semakin pucat...sebelum jadi apa-apa dan sebelum terpengaruh dengan lakonannya....cikgu pun mengarahkan N membuat kenyataan bertulis dalam borang disediakan ....

Sementara itu...cikgu turun ke kantin meninjau baki 6 orang lagi yang di 'handle' oleh Cikgu Manan...cikgu tengok mereka boleh bergelak ketawa dengan Cikgu Manan sambil bercerita kejadian tersebut.  Begitu rupanya cara guru kaunseling mendapatkan maklumat...entahlah...cikgu geram semacam ....macam tak bersalah aje....apa lagi terus menelefon Cikgu Zaidi untuk menghantar borang pengakuan bertulis tu dan terus mengasingkan mereka....nak tengok siapa yang buat kenyataan benar dan siapa yang buat kenyataan palsu.  Cikgu Manan dan Pengetua terus berlalu...ada urusan di SKN.....

Bila membaca kenyataan bertulis mereka....lucu pulak jadinya.......sebab cikgu menyuruh mereka menceritakan kejadian tersebut secara terperinci (masa, siapa yang terlibat dsb)....tapi yang keluar ayat-ayat power 'kami berbual-bual di tepi pantai sambil menikmati pemandangan malam di pantai, dalam perjalanan ke pantai sempat memetik buah mempelam, kereta bersimpang siur di jalan'...hmm...geram betul bebudak ni...cikgu bukannya suruh mengarang cerpen....

Setelah dikaji kenyataan mereka...yang pasti, ketiga-tiga murid perempuan membuat kenyataan palsu...manakala murid lelaki lebih jujur dan telus (menurut mereka dah 5 kali mereka ke pantai tu)....geram dan marah betul cikgu....tak apa...tak apa.....selepas ini akan ada hukuman yang dikenakan selepas mesyuarat lembaga disiplin....ikut peraturan ditetapkan....tak boleh dibiarkan...bak kata Cikgu Zaidi...nanti tak pasal-pasal dapat cucu pulak.... cikgu pulak bimbang kalau bebudak tu dilanggar oleh kereta yang bersimpang siur tu dek nak melihat pemandangan malam di pantai....lagi la parah......siapa yang susah....eii...geram....geram..

Hmm....pentingnya motivasi...

0 comments
Salam sejahtera.....

Hari ini rasa letih sangat....semalam balik lambat sebab pertandingan kuiz dan pidato PNB peringkat negeri di sekolah cikgu tu tamat jam 6.30 petang Selepas program 'DEAR', diterjah pulak dengan kes 7 orang murid asrama 'fly' malam.

Lepas rehat nak menghadap murid-murid 1 Pintar  (2 masa pulak tu).....kebetulan hari ini cikgu merancang membawa mereka ke makmal komputer.....dah lama tak bawa mereka ke sini........teruja sungguh mereka....mereka sangka nak menyanyi lagi.....

Tapi hari ini mereka belajar dengan bantuan persembahan 'microsoft power-point'...melihat peta-peta, gambar dan rajah-rajah sambil menyalin nota ringkas (boleh la cikgu relaks sikit).... Untuk menarik minat mereka, cikgu memutarkan  lagu-lagu masa kini yang digemari mereka.  Murid-murid perempuan di meja komputer manakala murid-murid lelaki lebih selesa menyalin sambil meniarap di depan skrin.  Cikgu rasa seronok sebab tengok mereka seronok belajar....tak kiralah macamana gaya dan aksi mereka.... yang penting tak ada yang culas...cikgu tengok mereka tekun dan sabar tatkala menunggu rakan-rakan mereka yang agak lambat untuk melukis rajah....'sporting' pulak tu..... tak ada yang merungut....

Sambil memantau  mereka, teringat cikgu semasa program 'DEAR' pagi tadi....cikgu membaca buku motivasi yang ditulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-haj....'Bukan Main Lagi'.  Cikgu tertarik dengan tulisan beliau.  Di sini cikgu tuliskan sedikit petikan yang cikgu baca hari ini 'Untuk Guru dan Murid Nakal' muka surat 151 hingga 156....

..... Seorang guru bukanlah hebat kalau dia boleh jadikan murid dia capai 10A dalam peperiksaan sebab memang murid tu pandai dan di sekolah terpilih pulak tu.  Tapi yang betul-betul hebat ialah seorang cikgu yang mengajar di pedalaman dengan serba kekurangan, dengan murid yang lembab, degil, melawan tapi murid tu melepasi piawaian.  Itu baru betul hebat.  Saya langsung tak tabik pada cikgu sekolah wawasan dan saya geli tengok mereka berbangga sebab jadikan murid mereka berjaya dapat semua A dalam peperiksaan.  Nak heran apa, dah memang budak pandai, kelengkapan semua cukup.  Kalau betul-betul handal cubalah mengajar di sekolah biasa yang murid-muridnya bodoh dan nakal tu.  Kalau boleh dapat semua A barulah boleh dabik dada.  Betul tak?  Jadi, syabas para cikgu yang terpaksa bergelut berdepan dengan murid-murid yang tak berapa pandai, lembab, bodoh, mengajar pulak di sekolah terperuk yang apa pun tak ada.  Anda sebenarnya layak digelar guru seandainya terus ikhlas dan tak hilang semangat mengajar......

*Tulisan Dr. HM Tuah Iskandar dalam buku tu, sedikit sebanyak telah menaikkan semangat cikgu untuk mengajar hari ini... dah tak sabar-sabar nak menyambung bacaan cikgu ....

....Alahai tension....

0 comments
Bersua kembali....

Minggu pertama penggal kedua persekolahan... agak sibuk...
Analisa peperiksaan....analisa item....masuk markah..
Kelas tambahan PMR...
Pemantauan untuk Kerja Kursus PMR bermula...
tugas menyelia 4 buah sekolah...
Kerja Kursus murid sendiri pun masih boleh siap....
Data SMM untuk bulan Jun....masih ada yang tak 'up-date'...
Laporan kendiri kantin....Laporan pemeriksaan asrama....laporan denggi...
laporan itu...laporan ini......
Persiapan Hari Koperasi....29 Jun...
Persediaan sebagai tuan rumah Pertandingan Pidato PNB peringkat negeri...2 Julai....
Pagi ini diasak pula aduan Pengusaha Kantin....
 tentang perangai bebudak sekarang.....
baling pinggan ke luar pagar sekolah...ni nak kena pasang CCTV....
1.30 tengahari terima panggilan telefon jiran sebelah pagar sekolah...
mengadu beliau diejek oleh beberapa murid-murid lelaki...
 dari kelas di blok berdekatan rumahnya.....
siasat punya siasat rupanya...
murid-murid lelaki kelas 1 Pintar punya angkara.....
begitulah ragam bebudak zaman sekarang.....

*Alahai .......TENSION.....TENSION.....jangan migrain dah le...

Hari Guru Hari Kita.....

0 comments
Salam....

Kami guru Malaysia...berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin...putera puteri negara kita...
Tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat yang sering ditunggu-tunggu oleh golongan pendidik khususnya guru di seluruh Malaysia.  Memandangkan 16 Mei 2010 jatuh pada hari Ahad, maka sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010.
Cikgu tak hendak bercerita tentang betapa besarnya peranan golongan para pendidik dalam membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang......sebab saban tahun, artikel, puisi-puisi dan cerita-cerita tentang jasa seorang bergelar guru telah terlalu banyak didedahkan, diperkatakan dan diluahkan oleh media massa di negara kita....cikgu hanya nak ceritakan suasana sambutan hari guru di sekolah cikgu...

Macam biasalah acaranya...ada acara sukan (keesokan harinya ada yang terseliuh, lenguh-lenguh seluruh badan), diarak dengan kompang, baca perutusan, nyanyian lagu guru Malaysia, potong pulut kuning/kek, persembahan   murid dan persembahan guru (acara yang biasanya ditunggu oleh semua murid).  Oleh kerana tahun ini JK program nak melibatkan semua guru dalam persembahan...maka diadakan pertandingan koir antara empat kumpulan yang diterajui oleh Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hem dan PK Kokurikulum...nak tak nak...semuanya terpaksa melibatkan diri.....baik yang dah veteran maupun yang muda.  Tempoh latihan diberi hanya seminggu....yang kelakarnya masing-masing ada tempat latihan yang tak boleh dilihat oleh kumpulan yang lain...konon-kononnya nak buat 'suprise'...... kumpulan cikgu 'low profile' aje.  Yang pasti...murid-murid terhibur dengan persembahan semua guru pada hari tersebut.

 Baru bersenamrobik...takkan dah terseliuh                                          
bahu tu Cikgu Rosdin!!
     Penatnya aku terbang...      
     Bola tak dapat jugak...




Juara.....juri-juri ni mesti nak bodek Pengetua.....tak aci...tak aci...
Fuyoo Us. Suhaimi....standing in the eyes of the world..

Naib Juara. Kumpulan yang digeruni...PK Hem, Ketua Guru Disiplin, Ketua Warden..kalau afundi oleh murid-murid....dah pasti undian paling rendah...







...Andai hidup tak punya cita....pada bangsa maupun wanita....(mantap2!!!)

* Terima kasih kepada murid-murid dan bekas murid-murid yang telah memberi hadiah, kad dan menghantar sms. Tak lupa kepada rakan-rakan cikgu yang turut sama menghantar sms dan ucapan dalam fb.

Hari guru hari kita...
Mari kita bersuka ria
Jangan hirau apa orang lain kata...
Yang penting keikhlasan kita




Hadiah Hari Guru 2010...."GOTONG-ROYONG"

0 comments

Salam,
Sempena sambutan hari guru pada tahun ini, semua sekolah telah diarahkan untuk mengadakan gotong royong perdana pada 15 Mei 2010 (Sabtu).....

Sama ada suka atau tak ...guru-guru terpaksa akur dan mematuhi arahan ini....walaupun terdapat beberapa suara yang mempertikaikan arahan ini dan macam-macam lah sms yang cikgu terima tentang gotong royong ini...rata-rata ucapan sms hari guru yang diterima daripada rakan-rakan kepada cikgu pada tahun ini kebanyakannya terselit perkara ni......

Apa pun...dek kerana kita semua telah mendidik dan berpesan kepada murid-murid supaya selalu berfikiran positif, maka cikgu-cikgu semua seharusnya berfikiran positif jugak.  Apa yang cikgu nampak, dengan aktiviti gotong royong ni menyebabkan sekolah makin bersih dan ceria.....walaupun nampaknya cikgu-cikgu je yang bersemangat....peratus kehadiran murid-murid pulak merosot pada hari tu......

*  Tak apalah cikgu...kita buat setakat yang termampu dan yang paling penting keikhlasan kita dalam menjayakan sesuatu program....barulah nampak kejayaannya.


Mari la weh...kita main ping pong

0 comments
Salam...bersua kembali......

Baru-baru ni..cikgu-cikgu di sekolah teruja nak bermain ping pong...walaupun sebahagian besarnya tangan masing-masing keras nak memukul bola...terutamanya guru perempuan......  Pertandingan ping pong dijalankan dengan usaha Kelab Ping pong di bawah kelolaan Cikgu Zaidi....maklumlah baru-baru ini sekolah cikgu menjadi johan keseluruhan pertandingan ping pong MSSM peringkat daerah....murid-murid hebat, sepatutnya cikgu  lebih hebat lagi ....tapi yang bestnya, johan daerah pun kalah di tangah cikgu Zaidi kita....hebat weh...ye la mana boleh anak murid lawan tok guru....

Cikgu pulak terpaksa menyahut cabaran yang diberi oleh cikgu Zaidi. Terkial-kial jugaklah tangan nak hantar bola ke pihak lawan....nasib baik lepas gak net tu....tapi dah pasti kalah di tangan Ustazah Bariah kita (tak aci la....dia dah terror main)....kita ni nak pegang bat pun tak pandai...apa-apa pun... le ni cikgu baru tau betapa seronoknya bermain ping pong.....

                                          Camne nak pegang bat ni weh...hayun je la...
Kalah gak Us. Kamarul di tangan cikgu Khairi....

Main je la....yang penting kita menang gaya..
 (Sape la agaknya yang dapat kalahkan aku....kalau aku kalah tahun depan orang lain pulaklah take over kelab ping pong....)

*  Tahun depan...kita pakat kalahkan juara tahun ni...

Selamat Hari Ibu...

0 comments
Selamat Hari Ibu

Untuk semua ibu-ibu di Malaysia. 
Jasamu tidak ternilai...
Pengorbananmu tiada bandingan....

Terima kasih ibu

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

0 comments
                           Barisan AJK PIBG yang mantap....
.......Biasa le....kaum ibu yang lebih ramai....
(Khusyuknya Kak Tik..... Ina buat ape tu......)
........Joget...jangan tak joget....

Oh Burung Pungguk....malang nasibmu...rupamu buruk...
(Pandai Tuan Perasmi kita ni menyanyi....sungguh menarik ucapan beliau)
.........Anugerah Kepimpinan...
jangan lupe..tahun ni SPM
      Bila nak mula bagi hadiah ni...penat dah kita tunggu ni kak Dah....

* Terima kasih daun keladi kepada pihak yang memberi sumbangan....tahun depan sumbang lah lagi....

....Serampang Dua Mata....

1 comments
Salam mesra.....

Tidak dinafikan seringkali jika cikgu-cikgu perempuan berbual terutamanya jika sedang makan di kafeteria sekolah (waktu free...), topik yang kerap dibicarakan selain dari kisah murid-murid ialah isu berat badan dan macamana nak dapatkan berat badan unggul...banyaklah istilah yang cikgu dengar...kadar metabolisma...BMI...kalori dan macam-macam lagi la....Alasannya jadi cikgu ni..kenalah jaga penampilan....barulah murid seronok nak belajar dengan kita....(sebenarnya baru-baru ni berat badan cikgu dah mula mencecah 58kg...dah melebihi  tahap BMI).

Lantas, cikgu dan cikgu Nik (warden asrama) merancang nak memulakan semula aktiviti bersenamrobik melibatkan murid perempuan yang tinggal di Aspuri (ambil waktu riadah mereka)...lepas solat asar.  Alasan cikgu nak mempraktikkan kembali basic steps senamrobik yang dah lama ditinggalkan (cikgu pernah mengikuti kursus asas senamrobik anjuran JBS Daerah beberapa tahun yang lepas)....dan nak ajar murid perempuan asas senamrobik...

Selasa  lalu...bermula aktiviti cikgu dan cikgu Nik dan beberapa orang murid perempuan di dewan.  Tentang pemilihan lagu-lagu tak jadi masalah....muat turun je dari 4shared....pasti beres.  Cikgu pun ajarlah mereka basic steps dalam senamrobik dan juga cara kiraan bila dengar rentak lagu.  Mudah saja mereka mengikuti apa yang diajar.  Ada juga murid Aspura yang joint sekali....teruja agaknya bila tengok GPK Hem bersenamrobik...ye lah dalam kelas tegas dan garang semacam....tapi bila bersenamrobik lupa diri.....Hari Rabu Ustazah Aishah (GPK Kokurikulum) joint sekali...lagi la gamat dibuatnya...

Kemudian cikgu dan cikgu Nik pun buat gabungan steps yang agak susah.  Terdengar jugak keluhan murid perempuan  tak dapat nak ikut step yang berkenaan....cikgu dan cikgu Nik buat-buat tak dengar dan tak endah aje di atas pentas tu...sebenarnya kami dah mula syok sendiri..... kami berdua pun apa lagi....gelak sendiri....kelakar pun ada...Sebab dari mula lagi tujuan asalnya nak menguruskan badan sendiri....bebudak tu...sampingan je....ha...ha...ha... Hari Jumaat lepas...cikgu Nik ajar poco-poco pulak kepada murid-murid yang berkenaan (Cikgu tak dapat joint...kerana ada urusan yang lebih penting)...

Hari ni...di kafeteria...dah mula ada permintaan dari cikgu-cikgu perempuan lain yang nak joint termasuklah cikgu Yayah....kiranya berkesan jugak aktiviti kami...lebih-lebih lagi bila cikgu Nik dengan senang hati beritahu dah muat semula memakai seluar yang dulunya ketat....tu baru tiga hari bersenamrobik....kalau sebulan tak taulah cikgu nak cakap...tengok je lah nanti...Yang pasti...bebudak aspuri yang jadi mangsa paksa rela.....

Apa-apapun... cikgu rasa aktiviti ni bagus dan boleh jadi `Serampang Dua Mata'...murid dapat asas senamrobik dan cikgu-cikgu dapat berat badan unggul....betul tak?....


* Kepada Mak Long Ana di Sri Damansara, Mak Da Adah di Kuantan, Mak Cu Jemi di Skudai...bila lagi nak bersenamrobik?....BMI ok ke?....

Jom cikgu....kita `ziarah cakna'.....

0 comments
Assalamualaikum.....


Alhamdulillah pagi ini selepas ops ponteng dijalankan, cikgu terus berada di pejabat...hajatnya hendak menyemak buku latihan murid tingkatan 1 Mahir yang dah tiga hari tidak terusik di atas meja...kebetulan pulak hari Rabu jadual cikgu free.

Baru saja nak semak sebuah buku, datang pulak Zahid (pengawas sekolah) sedang mengendong Suhaimi dari tingkatan 1 Kreatif yang menangis kesakitan sambil ditemani oleh rakan sekelas Suhaimi iaitu Sobri.  Menurut kata Suhaimi, pehanya terkena kerusi kayu yang disepak oleh salah seorang rakan dalam kelasnya.  Cikgu pun apa lagi terus mengarahkan Sobri memanggil murid yang berkenaan sementara Kak Sah (PAR) tolong menyapu minyak angin ke peha Suhaimi.  Dalam masa yang sama cikgu terus menelefon Ustazah Faidah (guru yang bertugas minggu ini) untuk membawa murid berkenaan ke klinik kerajaan berdekatan.

Beberapa minit kemudian, muncul Fairuz dan Sobri..cikgu pun apa lagi..terus menyoal siasat Fairuz tentang apa sebenarnya yang berlaku...katanya kejadian berlaku semasa waktu pertukaran guru...saja-saja hendak bergurau.  Bergurau apa bendanya kalau sampai kerusi pun boleh terbang....geram jugak cikgu dibuatnya.  Cikgu memang kenal sangat dengan Fairuz dan Suhaimi ni kerana cikgu memang mengajar di kelas mereka.  Fairuz memang murid yang agak nakal di kelasnya tetapi lebih cerdik berbanding Suhaimi yang agak pendiam dan lebih mendengar kata.

Selepas memberi amaran keras kepada Fairuz, Ustazah Faidah pun sampai di pejabat bersama Cikgu Rosdin untuk membawa Suhaimi ke klinik. Lebih kurang sejam kemudian, Ustazah Faidah datang semula ke bilik cikgu memberitahu ingin menghantar Suhaimi balik ke rumah kerana telah mendapat cuti sakit selama 4 hari.  Cikgu pun memohon untuk ikut sama ke rumah Suhaimi memandangkan hari Rabu memang cikgu telah peruntukkan masa untuk menziarah ke rumah murid-murid yang bermasalah samada dari segi disiplin, ponteng, masalah kewangan dan sebagainya.

Perjalanan ke rumah Suhaimi mengambil masa lebih kurang setengah jam dengan melalui jalan yang sempit, berlopak-lopak ditakungi air dan di kiri kanan jalan ialah belukar dan pokok-pokok kelapa sawit.  Cikgu simpati jugak dengan Ustazah Faidah kerana kereta Toyota Viosnya baru saja tiga hari dicuci bersih. Tapi apa kan daya itulah antara tugas seorang guru yang kadang kala tidak difahami oleh orang-orang di luar sana....

Menurut Suhaimi, murid-murid yang tinggal di kampung tersebut terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk ke sekolah kerana bimbang ditinggal oleh bas.  Mereka keluar ke jalan besar dengan dihantar oleh keluarga dengan menaiki motosikal.  Kadang kala jika motor rosak..mereka tidak akan ke sekolah.

Cikgu dan Ustazah Faidah amat terkejut apabila sampai di kampung Suhaimi.  Kampung tersebut hanya didiami lebih kurang 10 buah rumah yang berdindingkan atap nipah dan berlantaikan batang nibung dan buluh (seingat cikgu rumah sebegini hanya wujud di tahun 50 an dan 60 an sahaja).  Ketibaan cikgu betul-betul di halaman rumah Suhaimi disambut oleh keluarga dan penduduk kampung.  Di situ cikgu ternampak Amran (berkaki ayam), Sidik dan Suhaimi Musa (murid cikgu dari kelas 1 Pintar).  Cikgu pun terus menyapa mereka dan tak sanggup lagi nak menyoal mereka kenapa ponteng sekolah pada hari ini.  Perasaan sebak, sedih dan terkejut bercampur aduk dalam diri cikgu memandangkan kedaifan hidup mereka.

Perasaan cikgu dikongsi bersama Ustazah Faidah dan Cikgu Rosdin (turut bersama kami ke rumah Suhaimi). Sebaik sahaja kembali  ke sekolah...tanpa berlengah, cikgu terus bercerita kepada Pengetua tentang keadaan murid-murid cikgu di kampung tersebut.  Yang pasti...selepas ini mungkin ada sedikit timbang rasa dan tolak ansur apabila cikgu menjalankan hukuman dalam ops ponteng di sekolah cikgu. 

Majlis Pelancaran Tahap Hijau......

0 comments
Salam untuk semua...

Semalam telah selesai satu program di sekolah cikgu iaitu Majlis Pelancaran Tahap Hijau untuk calon PMR dan SPM pada tahun ini.. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah.  Tugas cikgu senang je iaitu sebagai JK sambutan untuk VIP. Sebelum tu cikgu telah diarahkan oleh Cikgu Manan (Guru Bimbingan dan Kaunseling) untuk memuat turun lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir dan lagu I believe I can fly oleh R Kelly untuk dinyanyikan oleh murid-murid cikgu sebagai pembakar semangat mereka.

Cikgu lihat murid-murid cikgu begitu bersemangat semasa mendengar ucapan dan pesanan dari Tuan PPD (ada jugak sorang dua murid yang mengambil peluang melelapkan mata....siapa lagi kalau bukan.....hero-hero cikgu di sekolah la.....). Harapan cikgu agar murid-murid cikgu akan mengekalkan semangat mereka itu.  Sebelum tu, para ibu bapa dan penjaga telah mendengar taklimat oleh Tuan Pengetua tentang prestasi anak-anak mereka dalam akademik, kehadiran ke sekolah dan laporan salah laku......

Begitu bersemangatnya pengetua cikgu menyampaikan taklimat hingga hampir nak pitam...stress agaknya..terpaksa diganti oleh GPK Pentadbiran menghabiskan slot tersebut..... Dalam masa yang sama...sempat jugak cikgu dan ustazah Aishah mencipta pantun untuk dimasukkan dalam skrip pengacara majlis (Cikgu Malisa Aini)...idea spontan tapi susah jugak rupanya...maklumlah bukan orang seni....terpaksa minta pandangan cikgu Rosdin (cikgu BM).....

Tahniah dan syabas diucapkan diatas kerjasama semua guru terutamanya Unit Bimbingan dan  Kaunseling dan JK Program....kita tunggu pulak Majlis Pelancaran Tahap Oren........

Ops Ponteng....

0 comments


Salam...

Hari ini cikgu rasa gembira sangat apabila Cikgu Ana membacakan peratus kehadiran harian pada minggu lepas yang telah meningkat kepada 90 % ke atas berbanding 80 % pada minggu-minggu sebelumnya... Ini membuktikan Ops Ponteng yang dijalankan bermula minggu lepas sudah menampakkan sedikit kejayaan.

Ops Ponteng ini dijalankan dengan kerjasama semua guru terutamanya cikgu-cikgu yang tak ada kelas pada waktu pagi. Sebelum tu, berpinar jugak mata cikgu menyusun jadual bertugas dalam operasi ini kerana terpaksa merujuk jadual peribadi cikgu yang dipinjam dari cikgu Ros....alhamdulillah nampaknya komitmen dari cikgu-cikgu semua amat memberansangkan..

Semasa ops ponteng ini dijalankan, banyaklah alasan diberikan oleh murid-murid cikgu...antaranya tertinggal van, tertinggal bas, tak bangun pagi, tak ada tambang dan seribu macam alasan lagi...agaknya dah gerun takut-takut rotan akan hinggap di punggung.

Semasa ops ponteng ini dijalankan, barulah emak, ayah atau penjaga masing-masing membuat panggilan ke sekolah untuk memberitahu akan ketidakhadiran anak-anak mereka...terima kasih lah kepada mereka yang prihatin tentang anak mereka...tapi ada jugak yang mempertahankan anak mereka, kata anak mereka pergi sekolah....tapi dalam rekod kedatangan menunjukkan yang anak mereka tak hadir pada hari tersebut. Tu salah cikgu ke salah siapa....



Sekuat-kuat tembok konkrit, kuat lagi anak murid cikgu.....

0 comments
Salam mesra selalu......

Sekuat-kuat tembok konkrit....roboh jugak akhirnya.... Hari ini cikgu nak ceritakan betapa ganas dan lasaknya murid-murid sekolah zaman sekarang. Pada hari Rabu baru-baru ini...cikgu amat terperanjat apabila diberitahu oleh Pengetua bahawa pagar konkrit sepanjang lebih kurang 10 kaki di penjuru pagar sekolah (lokasi agak tersorok di belakang stor) telah roboh gara-gara beberapa orang murid lelaki yang sering memanjat pagar tersebut untuk ponteng terutamanya pada waktu kokurikulum ataupun saja-saja masuk ke kawasan sekolah melalui kawasan itu dengan tujuan melepasi pemeriksaan rutin setiap pagi oleh pengawas dan guru disiplin.



Apa yang menghairankan ialah bagaimana tiang botol yang tersusun di atas tembok konkrit yang kukuh dan baru siap dibina tak sampai setahun tu boleh runtuh dan yang tinggal hanya lebih kurang 1 meter dari tapaknya. Punyalah menyirap darah cikgu dan Ustazah Aishah apabila melihat keadaan pagar tersebut. Di luar pagar yang roboh tu tersusun beberapa buah motosikal dan basikal murid yang ditinggalkan di situ. Ini menunjukkan bahawa, murid-murid yang meninggalkan motosikal dan basikal di situ lah yang punya angkara....Kalau diikutkan hati yang sedang marah...mahunya kami rosakkan basikal dan pancitkan tayar motosikal tu.....tapi kami terpaksa menahan rasa marah dan bersabar dulu....nanti tak pasal-pasal diserang oleh ibubapa atau penjaga murid yang berkenaan atau yang paling teruk lagi kereta cikgu pulak yang dikerjakan mereka....

Moral cerita....murid-murid zaman sekarang tidak lagi memikirkan kesan akibat perbuatan salah laku musnah mereka ..dengan selambanya mereka berbuat demikian tanpa rasa bersalah....kalau setakat menconteng dinding tu, dah tak jadi hal bagi mereka. Cikgu-cikgu pulak yang pening kepala menghadapi kerenah murid-murid zaman sekarang.... walaupun sebenarnya hanya sebilangan kecil sahaja murid yang bermasalah sebegini.....

Apa-apa pun....cikgu tetap cikgu....menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas disamping menaruh harapan yang tinggi agar murid-murid cikgu akan berubah seiring peningkatan usia mereka, mempunyai akhlak yang baik dan berperibadi tinggi. Paling tidak kalau jumpa cikgu di mana-mana, mereka akan bertegur sapa sambil bersalaman mengucup tangan cikgu seperti yang diamalkan cikgu setiap kali selepas habis mengajar di kelas mereka... Yang penting tiada sekelumit dendam di hati cikgu atas apa yang murid-murid cikgu telah lakukan....

Aduhai ....muridku AF

0 comments
SALAM MESRA.....

Rabu lepas, cikgu didatangi oleh seorang ibu yang sangat prihatin tentang anaknya AF. AF dah hampir sebulan tak hadir ke sekolah...hampir satu jam cikgu mendengar keluhan hati dan harapan beliau terhadap anaknya. Beliau juga menceritakan kesukaran yang dihadapinya semasa anak beliau masih kecil (sering sakit). Cikgu merasa terharu dan sebak apabila ibu tadi bercerita sambil menangis dan sesekali mengesat air mata dengan sapu tangannya. AF berada di dalam kelas 2 Pintar dan mengalami masalah pembelajaran dan telah disahkan sebagai OKU...Menurutnya anaknya dah mula tidak suka hadir ke sekolah kerana selalu dimarahi dan didenda oleh guru kerana tak siap kerja rumah dan sebagainya.

Sebenarnya cikgu tak salahkan cikgu-cikgu lain yang selalu mendenda anak beliau tapi cikgu salahkan diri cikgu kerana lupa nak beritahu cikgu-cikgu baru yang mengajar di kelas tersebut tentang masalah anaknya itu. Sebagai guru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal murid, cikgu merasakan bahawa masalah tersebut terletak di bahu cikgu. Lantas tanpa berfikir panjang, cikgu pun mengajak cikgu Nik (Guru Bimbingan dan Kaunseling) untuk sama-sama kerumah AF bersama ibunya dengan tujuan untuk memujuk AF agar hadir ke sekolah seperti biasa.

Perjalanan ke rumah AF mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dengan kereta cikgu. Sesampainya di rumah yang terletak di penghujung jalan ke bendang...cikgu dipelawa masuk dengan ramahnya oleh abang AF yang juga seorang OKU. AF hanya berbaring di atas katil dan tak mahu keluar berjumpa dengan cikgu dan cikgu Nik walaupun puas dipujuk oleh ibunya. Lama jugak lah cikgu berborak dengan ibu AF sambil dihidangkan dengan air teh O panas.

Setelah hampir setengah jam, AF tak mahu jugak keluar dari biliknya...lantas sebelum balik, cikgu pun terus menuju ke pintu biliknya dan sekadar berbicara menghadap belakang badan murid cikgu tu (AF berbaring sambil meniarap dan menutup mukanya). Cikgu memberi nasihat sekadar termampu dengan harapan hari esok AF akan hadir ke sekolah. Respon daripada AF hanya gerakan tangannya sahaja. Bimbang jugak cikgu nak berlebih-lebih... nanti dibalingnya bantal ke muka cikgu...baru padan muka...

Apabila tak ada respon dari AF, cikgu dan cikgu Nik pun balik semula ke sekolah dengan penuh harapan AF akan muncul di sekolah pada hari esoknya. Namun sehingga hari ini...AF tidak muncul-muncul lagi ke sekolah......apa lagi yang harus cikgu buat....cikgu dah mula bingung....

Oh 1 Pintar........

0 comments
Salam... hari ini cikgu nak cerita tentang anak murid cikgu di Tingkatan 1 Pintar. Kelas 1 pintar ni merupakan kelas yang paling akhir (kelas kelima), dengan kata lainnya murid-muridnya lemah dalam pelajaran, kurang menguasai 3M, sering mengantuk, ada yang terlalu aktif tak boleh duduk diam, suka menyakat rakan-rakan, bercakap dengan kuat, sukar mematuhi arahan dan tumpuan mereka kepada apa yang cikgu ajar hanya lebih kurang 10 minit sahaja. Pendek kata boleh pening kepala dan naik darah cikgu dibuatnya. Mereka seramai 32 orang, kebanyakannya berbangsa melayu dan sebilangan kecil orang asli (semuanya datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah).

Walaupun begitu, sejak cikgu diarahkan untuk mengajar Geografi di kelas ni pada awal tahun... cikgu cuba sedaya upaya agar mereka meminati subjek ini. Dari bulan Jan - Mac, cikgu cuba memahami tingkah laku mereka, apa sarapan mereka setiap hari, hobi mereka dan sebagainya. Cikgu juga cuba menguasai loghat mereka kerana ada yang menggunakan loghat utara, loghat Pahang, loghat Terengganu dan loghat kaum asli Jakun. Seronok jugak cikgu apabila mereka gelakkan cikgu apabila sekali sekala cikgu cuba menggunakan loghat mereka yang tak berapa nak jadi...

Cikgu bersyukur kerana berhadapan dengan pelajar sebegini kerana mereka membuatkan cikgu terpaksa belajar dan membaca semula buku-buku psikologi pendidikan, memahami semula teori kecerdasan pelbagai, teknik dan kaedah P & P, buku-buku motivasi dan sebagainya. Selepas pemerhatian selama 3 bulan, cikgu dapati setiap kali apabila diarahkan menjawab latihan dalam kertas lembaran, mereka kerap menyanyi lagu-lagu popular masa kini dengan kuat sambil menjawab (seronok dan terhibur jugak cikgu). Lantas cikgu bertanya lagu-lagu kegemaran mereka. Murid perempuan lebih suka kepada lagu yang berirama sentimental manakala murid lelaki sebaliknya yang lebih rancak. Dari situ timbul idea cikgu untuk menukar lirik lagu yang disukai mereka kepada fakta-fakta yang ada dalam setiap topik Geografi cikgu.

Dalam masa 2 minggu, cikgu mula memuat turun lagu-lagu kegemaran mereka melalui 4shared dan cikgu cuba menjadi penulis lirik dengan merujuk buku teks dan buku rujukan..susah juga rupanya nak menulis lirik berdasarkan lagu-lagu berkenaan... tapi cikgu cuba juga...ye la...hendak seribu daya. Maka lahirlah lagu pertama iaitu lagu Oh Malaysia (menceritakan kedudukan dan keistimewaan Malaysia - permulaan bab 6) menggunakan lagu Yang Wali band (lagu yang disukai oleh murid lelaki cikgu) dan Lagu kedua Mendaki ke Gunung (lagu menatap matamu - Aril, kesukaan murid perempuan) menceritakan tentang banjaran dan gunung di Malaysia. Lirik lagu tu cikgu selitkan juga nilai-nilai murni yang bersesuaian.

Alhamdulillah, cikgu rasa seronok apabila murid-murid cikgu sungguh bersemangat belajar pada hari Jumaat lepas dalam makmal komputer. Mereka menyanyi dengan sungguh kuat dan dapat mengikut rentak lagu instrumental dengan mudah sekali. Selama 80 minit mereka mengulang lagu yang berkenaan dan cikgu telah mengarahkan mereka untuk menghafal lirik mereka itu di rumah...

Hari ini cikgu rasa usaha cikgu berbaloi jugak apabila masuk ke kelas dan menyoal mereka apa keistimewaan dan di mana kedudukan Malaysia, mereka dengan mudah menjawab sambil bernyanyi riang. Mereka juga bertanya cikgu bila lagi nak masuk makmal komputer (nak menyanyi la tu). Perasaan cikgu amat terharu, gembira kerana nampaknya mereka dah mula berminat untuk belajar Geografi dan mula patuh pada arahan... 

Terima kasih murid-murid cikgu di Tingkatan 1 Pintar kerana mengajar cikgu menjadi lebih kreatif , lebih perihatin dan menggerakkan semula cikgu untuk membeli lebih banyak buku-buku yang berguna dalam kerjaya cikgu. Terima kasih juga kepada Along dan abang cik (anak cikgu Tahun 6) kerana menolong cikgu memuat turun dan mencari lirik asal lagu-lagu popular masa kini... maklum la lagu-lagu kegemaran cikgu ialah lagu-lagu tahun 70 an dan 80 an...mana sesuai dengan bebudak zaman sekarang.

Apasal Zali...pen sampai 2 batang di tangan...
jangan conteng buku dah le...

Tekun nampaknya.....harap-harap diteruskan...