Hmm....pentingnya motivasi...

Salam sejahtera.....

Hari ini rasa letih sangat....semalam balik lambat sebab pertandingan kuiz dan pidato PNB peringkat negeri di sekolah cikgu tu tamat jam 6.30 petang Selepas program 'DEAR', diterjah pulak dengan kes 7 orang murid asrama 'fly' malam.

Lepas rehat nak menghadap murid-murid 1 Pintar  (2 masa pulak tu).....kebetulan hari ini cikgu merancang membawa mereka ke makmal komputer.....dah lama tak bawa mereka ke sini........teruja sungguh mereka....mereka sangka nak menyanyi lagi.....

Tapi hari ini mereka belajar dengan bantuan persembahan 'microsoft power-point'...melihat peta-peta, gambar dan rajah-rajah sambil menyalin nota ringkas (boleh la cikgu relaks sikit).... Untuk menarik minat mereka, cikgu memutarkan  lagu-lagu masa kini yang digemari mereka.  Murid-murid perempuan di meja komputer manakala murid-murid lelaki lebih selesa menyalin sambil meniarap di depan skrin.  Cikgu rasa seronok sebab tengok mereka seronok belajar....tak kiralah macamana gaya dan aksi mereka.... yang penting tak ada yang culas...cikgu tengok mereka tekun dan sabar tatkala menunggu rakan-rakan mereka yang agak lambat untuk melukis rajah....'sporting' pulak tu..... tak ada yang merungut....

Sambil memantau  mereka, teringat cikgu semasa program 'DEAR' pagi tadi....cikgu membaca buku motivasi yang ditulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-haj....'Bukan Main Lagi'.  Cikgu tertarik dengan tulisan beliau.  Di sini cikgu tuliskan sedikit petikan yang cikgu baca hari ini 'Untuk Guru dan Murid Nakal' muka surat 151 hingga 156....

..... Seorang guru bukanlah hebat kalau dia boleh jadikan murid dia capai 10A dalam peperiksaan sebab memang murid tu pandai dan di sekolah terpilih pulak tu.  Tapi yang betul-betul hebat ialah seorang cikgu yang mengajar di pedalaman dengan serba kekurangan, dengan murid yang lembab, degil, melawan tapi murid tu melepasi piawaian.  Itu baru betul hebat.  Saya langsung tak tabik pada cikgu sekolah wawasan dan saya geli tengok mereka berbangga sebab jadikan murid mereka berjaya dapat semua A dalam peperiksaan.  Nak heran apa, dah memang budak pandai, kelengkapan semua cukup.  Kalau betul-betul handal cubalah mengajar di sekolah biasa yang murid-muridnya bodoh dan nakal tu.  Kalau boleh dapat semua A barulah boleh dabik dada.  Betul tak?  Jadi, syabas para cikgu yang terpaksa bergelut berdepan dengan murid-murid yang tak berapa pandai, lembab, bodoh, mengajar pulak di sekolah terperuk yang apa pun tak ada.  Anda sebenarnya layak digelar guru seandainya terus ikhlas dan tak hilang semangat mengajar......

*Tulisan Dr. HM Tuah Iskandar dalam buku tu, sedikit sebanyak telah menaikkan semangat cikgu untuk mengajar hari ini... dah tak sabar-sabar nak menyambung bacaan cikgu ....

0 Response to "Hmm....pentingnya motivasi..."

Post a Comment