Ops Ponteng....



Salam...

Hari ini cikgu rasa gembira sangat apabila Cikgu Ana membacakan peratus kehadiran harian pada minggu lepas yang telah meningkat kepada 90 % ke atas berbanding 80 % pada minggu-minggu sebelumnya... Ini membuktikan Ops Ponteng yang dijalankan bermula minggu lepas sudah menampakkan sedikit kejayaan.

Ops Ponteng ini dijalankan dengan kerjasama semua guru terutamanya cikgu-cikgu yang tak ada kelas pada waktu pagi. Sebelum tu, berpinar jugak mata cikgu menyusun jadual bertugas dalam operasi ini kerana terpaksa merujuk jadual peribadi cikgu yang dipinjam dari cikgu Ros....alhamdulillah nampaknya komitmen dari cikgu-cikgu semua amat memberansangkan..

Semasa ops ponteng ini dijalankan, banyaklah alasan diberikan oleh murid-murid cikgu...antaranya tertinggal van, tertinggal bas, tak bangun pagi, tak ada tambang dan seribu macam alasan lagi...agaknya dah gerun takut-takut rotan akan hinggap di punggung.

Semasa ops ponteng ini dijalankan, barulah emak, ayah atau penjaga masing-masing membuat panggilan ke sekolah untuk memberitahu akan ketidakhadiran anak-anak mereka...terima kasih lah kepada mereka yang prihatin tentang anak mereka...tapi ada jugak yang mempertahankan anak mereka, kata anak mereka pergi sekolah....tapi dalam rekod kedatangan menunjukkan yang anak mereka tak hadir pada hari tersebut. Tu salah cikgu ke salah siapa....



0 Response to "Ops Ponteng...."

Post a Comment