Sepandai-pandai tupai melompat....yang stresnya cikgu jugak....

Bengang!!!geram sungguh cikgu pagi tadi bila cikgu Zaidi bagi tau 7 budak asrama (4 lelaki 3 perempuan) 'fly' dari asrama malam tadi...panjat pagar dan lepak di tepi pantai. Balik ke asrama jam 2.00 pagi...terserempak dengan Cikgu Zaidi (Ketua Warden).  Kesemuanya murid-murid OA....yang perempuan bila ditanya suara tak keluar....kena jerkah baru nak bukak mulut sikit...cikgu dan cikgu Zaidi terpaksa menggunakan nada suara tinggi....memang tak boleh berlembut ....cikgu Manan (Guru Bimbingan dan Kauseling) terpaksa masuk campur dan bawak bebudak tu ke kantin....katanya kalau disoal ramai-ramai tak dapat maklumat yang tepat.  Jadi cikgu hanya bawa seorang murid perempuan (si N) berjumpa dengan pengetua...sebab dia ni dah buat 2 kali kes yang serupa....dulu dah kena gantung asrama. 

Dalam hal ni....cikgu rasa tak perlu berlembut pun....cikgu dan pengetua soal siasat...katanya tak pergi pun ke pantai hanya duduk dalam kelas di kawasan sekolah.  Buat apa dalam gelap pukul satu dua pagi...geram betul cikgu...nak menipu tapi tak pro...akhirnya kantoi.....sebabnya blok kelas tu setiap malam dikunci oleh pengawal keselamatan...masih nak mereka cerita...katanya panjat melalui batang paip.  Cikgu, pengetua dan cikgu Zaidi pun pergi melihat batang paip mana yang dikatakan oleh si N tu (macam penyiasat pro la pulak)...tak masuk dek akal langsung murid perempuan boleh memanjat batang paip besi yang licin tu  ....pengetua pun dah malas nak masuk campur cerita karut-marut ni...nanti macam-macam lagi cerita yang direkanya.....terus berlalu dengan marah.....cikgu Zaidi pun dah bengang melayan kerenah si N ni....tinggallah cikgu berdua dengan N....terus bawak ke bilik dan keluarlah ayat-ayat yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh cikgu....apa lagi menangis teresak-esak sambil menarik-narik tangan cikgu...mintak ampun tak nak buat lagi....jangan beritahu ayah...dan macam-macam lagi rayuan....cikgu dapat rasa sejuk tangan si N dan mukanya semakin pucat...sebelum jadi apa-apa dan sebelum terpengaruh dengan lakonannya....cikgu pun mengarahkan N membuat kenyataan bertulis dalam borang disediakan ....

Sementara itu...cikgu turun ke kantin meninjau baki 6 orang lagi yang di 'handle' oleh Cikgu Manan...cikgu tengok mereka boleh bergelak ketawa dengan Cikgu Manan sambil bercerita kejadian tersebut.  Begitu rupanya cara guru kaunseling mendapatkan maklumat...entahlah...cikgu geram semacam ....macam tak bersalah aje....apa lagi terus menelefon Cikgu Zaidi untuk menghantar borang pengakuan bertulis tu dan terus mengasingkan mereka....nak tengok siapa yang buat kenyataan benar dan siapa yang buat kenyataan palsu.  Cikgu Manan dan Pengetua terus berlalu...ada urusan di SKN.....

Bila membaca kenyataan bertulis mereka....lucu pulak jadinya.......sebab cikgu menyuruh mereka menceritakan kejadian tersebut secara terperinci (masa, siapa yang terlibat dsb)....tapi yang keluar ayat-ayat power 'kami berbual-bual di tepi pantai sambil menikmati pemandangan malam di pantai, dalam perjalanan ke pantai sempat memetik buah mempelam, kereta bersimpang siur di jalan'...hmm...geram betul bebudak ni...cikgu bukannya suruh mengarang cerpen....

Setelah dikaji kenyataan mereka...yang pasti, ketiga-tiga murid perempuan membuat kenyataan palsu...manakala murid lelaki lebih jujur dan telus (menurut mereka dah 5 kali mereka ke pantai tu)....geram dan marah betul cikgu....tak apa...tak apa.....selepas ini akan ada hukuman yang dikenakan selepas mesyuarat lembaga disiplin....ikut peraturan ditetapkan....tak boleh dibiarkan...bak kata Cikgu Zaidi...nanti tak pasal-pasal dapat cucu pulak.... cikgu pulak bimbang kalau bebudak tu dilanggar oleh kereta yang bersimpang siur tu dek nak melihat pemandangan malam di pantai....lagi la parah......siapa yang susah....eii...geram....geram..

1 Response to "Sepandai-pandai tupai melompat....yang stresnya cikgu jugak...."

  1. husna Says:

    hahahahaahah...
    lwknye ...
    bknnye cntek pown pntai....
    selOk nOk kuar...

Post a Comment