Sekuat-kuat tembok konkrit, kuat lagi anak murid cikgu.....

Salam mesra selalu......

Sekuat-kuat tembok konkrit....roboh jugak akhirnya.... Hari ini cikgu nak ceritakan betapa ganas dan lasaknya murid-murid sekolah zaman sekarang. Pada hari Rabu baru-baru ini...cikgu amat terperanjat apabila diberitahu oleh Pengetua bahawa pagar konkrit sepanjang lebih kurang 10 kaki di penjuru pagar sekolah (lokasi agak tersorok di belakang stor) telah roboh gara-gara beberapa orang murid lelaki yang sering memanjat pagar tersebut untuk ponteng terutamanya pada waktu kokurikulum ataupun saja-saja masuk ke kawasan sekolah melalui kawasan itu dengan tujuan melepasi pemeriksaan rutin setiap pagi oleh pengawas dan guru disiplin.



Apa yang menghairankan ialah bagaimana tiang botol yang tersusun di atas tembok konkrit yang kukuh dan baru siap dibina tak sampai setahun tu boleh runtuh dan yang tinggal hanya lebih kurang 1 meter dari tapaknya. Punyalah menyirap darah cikgu dan Ustazah Aishah apabila melihat keadaan pagar tersebut. Di luar pagar yang roboh tu tersusun beberapa buah motosikal dan basikal murid yang ditinggalkan di situ. Ini menunjukkan bahawa, murid-murid yang meninggalkan motosikal dan basikal di situ lah yang punya angkara....Kalau diikutkan hati yang sedang marah...mahunya kami rosakkan basikal dan pancitkan tayar motosikal tu.....tapi kami terpaksa menahan rasa marah dan bersabar dulu....nanti tak pasal-pasal diserang oleh ibubapa atau penjaga murid yang berkenaan atau yang paling teruk lagi kereta cikgu pulak yang dikerjakan mereka....

Moral cerita....murid-murid zaman sekarang tidak lagi memikirkan kesan akibat perbuatan salah laku musnah mereka ..dengan selambanya mereka berbuat demikian tanpa rasa bersalah....kalau setakat menconteng dinding tu, dah tak jadi hal bagi mereka. Cikgu-cikgu pulak yang pening kepala menghadapi kerenah murid-murid zaman sekarang.... walaupun sebenarnya hanya sebilangan kecil sahaja murid yang bermasalah sebegini.....

Apa-apa pun....cikgu tetap cikgu....menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas disamping menaruh harapan yang tinggi agar murid-murid cikgu akan berubah seiring peningkatan usia mereka, mempunyai akhlak yang baik dan berperibadi tinggi. Paling tidak kalau jumpa cikgu di mana-mana, mereka akan bertegur sapa sambil bersalaman mengucup tangan cikgu seperti yang diamalkan cikgu setiap kali selepas habis mengajar di kelas mereka... Yang penting tiada sekelumit dendam di hati cikgu atas apa yang murid-murid cikgu telah lakukan....

0 Response to "Sekuat-kuat tembok konkrit, kuat lagi anak murid cikgu....."

Post a Comment