"KEJAYAAN sebenarnya pilihan kita"

PMR datang lagi.....'free tuition' dah tamat....majlis restu ilmu dah pun dibuat....kembara solat hajat di empat buah kampung berdekatan selesai dilaksanakan....solat hajat khas untuk pelajar PMR jugak dibuat.....rasa-rasanya sebagai cikgu yang mengajar di luar bandar....semua keperluan untuk murid-murid sehabis daya dah ditunaikan...

Kini terpulang kepada anak-anak murid untuk menjawab soalan sebaik mungkin di dalam dewan peperiksaan.  Rasanya dah berbagai tips diberi....dah berbuih mulut menyampaikan pesanan-pesanan, petua-petua dan amanat-amanat penting,  program motivasi, seminar, bengkel, pelancaran tahap hijau, kuning dan oren turut dijayakan untuk memastikan anak-anak murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu nanti....malah kelengkapan alat tulis dan sebotol seorang air bacaan yasin turut dibekalkan....beruntung sungguh bebudak sekolah zaman sekarang...

Seingat cikgu....zaman persekolahan cikgu di akhir 70 an semasa nak menduduki SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dan SPM (awal 80 an)....tak ada pun solat hajat perdana peringkat sekolah diadakan...apatah lagi kembara solat hajat....kelas tambahan pun ikut cikgu yang berminat nak ajar saja...semua alat tulis masing-masing sediakan....jauh sekali dibekalkan dengan sebotol air yasin....TETAPI....boleh jugak mencipta kecemerlangan untuk diri sendiri.....

Pagi tadi, cikgu lihat kegelisahan terpancar di wajah murid-murid cikgu....tak tau samada dah cukup persediaan atau tidak....cikgu hanya mendoakan supaya mereka boleh buat yang terbaik...cuma apa yang menjadi kemusykilan cikgu,.....terdapat jugak seorang dua murid yang dah berbulan tak hadir ke sekolah...tiba-tiba hari ini muncul di sekolah nak sama-sama berjuang di dalam dewan....dan sudah pastinya tewas dalam peperangan....malah pagi ini baru nak terkial-kial mencari tempat duduk dalam dewan...cikgu rasa sekolah lain juga menghadapi situasi sebegini...apa-apa pun hanya kejayaan yang diharapkan daripada mereka...

* Kepada semua murid cikgu....selamat menjawab soalan PMR dan cikgu mengharapkan kecemerlangan daripada kalian...buktikan SMKN mampu mencipta kecemerlangan dalam PMR tahun ini.  Kepada kakak Lia, Ammar, Uda Irfan, Hafiz....SEMOGA KALIAN BERJAYA... 

0 Response to ""KEJAYAAN sebenarnya pilihan kita""

Post a Comment