Menggapai redha ALLAH

0 comments
Assalamualaikum...

      Bertemu untuk kesekian kalinya setelah hampir dua tahun menyepi diri. Tempoh masa tersebut cukup untuk cikgu membuat analisis kendiri, bermuhasabah diri, mengenali setiap watak di sekeliling cikgu. Fasa dua tahun itu juga, pelbagai suka dan duka dialami, sama ada bersama murid-murid mahu pun di kalangan guru-guru di sekolah.  Cikgu juga mengisi ruang menambah ilmu dengan membaca pelbagai buku-buku motivasi islamik dan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan. 

     Sebenarnya banyak perubahan dialami oleh cikgu dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang guru, Amalan kronisme yang tinggi, sikap sesetengah insan yang ibarat `kaduk naik junjung', `cakap tak serupa bikin', `talam dua muka' dan pelbagai lagi karenah. Terkadang timbul rasa sedih, kecewa, terkedu, terpana dengan sikap sesetengah insan dan sahabat di sekeliling cikgu.  Walau apapun, semua itu lumrah sebagai seorang insan diuji dan diuji oleh NYA. Ujian itu sebenarnya meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Alhamdulillah semua itu membuatkan cikgu semakin mengenali diri, semakin mendekatkan diri kepada yang maha ESA, semakin mengenali dan berhati-hati dengan watak-watak di sekeliling cikgu...semakin mengenali siapa KAWAN dan siapa LAWAN...siapa SAHABAT dan siapa yang membawa MUDARAT..semakin kuat dan bersemangat mengharungi semua dugaan dan cabaran...FIGHTING!!!

     

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

0 comments
Assalamualaikum..
Hari ini cikgu baru berbincang dengan Cikgu Yayah tentang tajuk kerja kursus Geografi PMR bagi murid-murid cikgu tahun ini.  Hasilnya cikgu akan menulis draf untuk tugasan 1 dan cikgu Yayah tugasan 2.  Lazimnya begitulah setiap tahun.....cikgu-cikgu yang akan tolong mencari bahan untuk murid-murid cikgu supaya mereka boleh menyiapkan tugasan mereka mengikut tempoh dan skor A....nampak mudah tapi hanya cikgu geog sahaja yang tahu macamana sukarnya nak membereskan kerja kursus murid-murid ni terutamanya yang berada di kelas paling hujung sekolah harian biasa...di luar bandar pulak tu....tst je la....yang penting eviden mesti ada...

BENGKEL PENULISAN PROGRAM KECEMERLANGAN PMR PERINGKAT NEGERI PAHANG

0 comments

Seorang guru yang HEBAT

0 comments
sekadar renungan untuk rakan-rakan cikgu....khasnya di SMKN

... Seorang guru yang hebat...
....etika guru jadi azimat...
... penampilan mesti 'smart'...
... dengan rakan-rakan tidak 'kekwat'...
... masuk kelas tak pernah lewat...
....kawalan kelas yang hebat....
....isi pengajaran ringkas tapi padat...tidak melompat-lompat,
    tidak melarat-larat....
... hubungan cikgu dengan murid rapat...
... tidak pinggirkan murid yang liat....
... murid yang lemah sentiasa dirawat...
... latih tubi secara giat...
... sering memberi nasihat dan amanat...
... INSYAALLAH....murid minat dan dapat...
... ilmu dicurah pasti berkat...
... ETR cikgu akan tepat...
... murid-murid akan hormat...


"Anak saya baik, cikgu"

0 comments
Alhamdulillah, selamat bertemu lagi....

"Anak saya baik, cikgu, di rumah dia........saya tak percaya dia......." Ayat beginilah yang selalu cikgu terima sewaktu berjumpa dengan ibu @ bapa murid cikgu yang mempunyai masalah salah laku di sekolah.  Mereka kurang percaya kalau cikgu-cikgu bercerita tentang kelakuan anak-anak mereka di sekolah.  

Apa yang cikgu perhatikan,....rata-rata anak murid cikgu yang bermasalah dalam mematuhi peraturan sekolah atau yang selalu melanggar disiplin ialah anak-anak yang mana ibu @ bapa mereka selalu menyebelahi mereka dalam sesuatu kes.  Senang cakap mereka memenangkan anak mereka...mereka lebih percaya cakap anak mereka daripada cakap cikgu-cikgu.....patut pun anak mereka naik tocang....

....Sekadar pesanan & ingatan......

0 comments
Assalamualaikum....

Sekadar pesanan buat anak-anak murid cikgu yang akan berjuang di medan peperiksaan.....

Pastikan anda telah mengulangkaji semua subjek....
Emosi jangan terganggu....
Persediaan mental & fizikal...
Elakkan 'stress' / tekanan....
Risau????Bimbang tak mencapai 'target'....hmm...jangan risau....
Ingat pesanan dan ajaran guru-guru anda....
Ketepikan segala masalah yang melanda...
Solat dipelihara, doa dipohon kepadaNYA....
Amanat guru-guru dan ibu bapa jangan dilupa....
A pasti milik anda...
Nah...apa tunggu lagi!!!....YAKIN BOLEH....FIGHTING!!!!!!!


*  Kepada murid-murid cemerlang cikgu....jangan 'over-confident' dah le....
*  Kepada rakan-rakan guru...hasil yang akan kita tuai bergantung kepada benih yang kita semai, kita bajai dan kita belai....renung-renungkan lah....

Sentuhan AZIMAT atau sentuhan KECUNDANG

0 comments
Assalamualaikum.....bersua kembali

Sudah agak lama tidak menulis di blog ni....bukan ketandusan idea tapi dek kekangan masa....terpaksa mengorbankan aktiviti menulis buat seketika...Alhamdulillah saat ini diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk kembali mewarnakan blog cikgu ni khusus untuk tatapan anak-anak murid cikgu....almaklum hampir 90% murid-murid cikgu dapat netbook 1Malaysia pertengahan tahun ni...