"Anak saya baik, cikgu"

Alhamdulillah, selamat bertemu lagi....

"Anak saya baik, cikgu, di rumah dia........saya tak percaya dia......." Ayat beginilah yang selalu cikgu terima sewaktu berjumpa dengan ibu @ bapa murid cikgu yang mempunyai masalah salah laku di sekolah.  Mereka kurang percaya kalau cikgu-cikgu bercerita tentang kelakuan anak-anak mereka di sekolah.  

Apa yang cikgu perhatikan,....rata-rata anak murid cikgu yang bermasalah dalam mematuhi peraturan sekolah atau yang selalu melanggar disiplin ialah anak-anak yang mana ibu @ bapa mereka selalu menyebelahi mereka dalam sesuatu kes.  Senang cakap mereka memenangkan anak mereka...mereka lebih percaya cakap anak mereka daripada cakap cikgu-cikgu.....patut pun anak mereka naik tocang....

Banyak kes yang cikgu terima....itulah yang berlaku.  Cikgu sendiri pernah menghadapi situasi begitu.  Kebetulan pada hari Selasa, cikgu bermesyuarat  di PPD, kiranya tak ada di sekolah pada hari tersebut.  Nak dijadikan cerita, seorang pelajar (hard core) telah ditampar oleh Pengetua semasa satu program sekolah sedang dijalankan.  Sebelah petang, si ayah datang ke rumah cikgu bertanyakan kes anak dia....biasalah menyalahkan tindakan pengetua, salah anak dia tak nampak... Cikgu pun cakap bahawa cikgu tak tau apa-apa tentang kes tersebut sebab tak ada di sekolah semasa kejadian dan berjanji akan menyiasat tentang kes tersebut keesokan harinya... Ingatkan dah settle....

Tup-tup awal pagi...sebelum cikgu masuk ke kelas, cikgu bimbingan dan kaunseling datang jumpa cikgu beritau bapa pelajar tersebut datang jumpa dia sebelah malam marah-marah kat cikgu kata cikgu BERBOHONG tentang kes anak dia....kata cikgu 'backing' pengetua....cakap tak tau apa-apa kerana katanya anak dia kata, cikgu ada di sekolah menyaksikan kejadian dia ditampar.  Sakit hati betul cikgu...buat apa nak bohong...tak ada maknanya.....nampak sangat dia lebih percaya cakap anak dia yang dah beberapa kali melanggar peraturan sekolah daripada cakap cikgu yang tak mempunyai apa-apa kepentingan pun....cikgu pun apa lagi ...geram punya pasal pergi jumpa anak dia dan bagi salinan surat panggilan mesyuarat cikgu dan kirim salam kat ayah dia tu....tak tau lah apa reaksi ayah dia selepas itu.....tak ada masa cikgu nak memikirkannya....buat sakit kepala je....

Moral cerita....ibubapa di luar sana...tolonglah percaya apa yang cikgu cerita tentang perihal anak-anak di sekolah.....kalau tak percaya 100% pun....90 % dah ok....mana mungkin seorang cikgu  sanggup berbohong kepada para ibu bapa tentang sesuatu hal atau kes....TAK ADA MAKNANYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sebab kadang kala bebudak remaja zaman sekarang ni pandai berlakon dan ada dua watak....di rumah lain, di sekolah lain....Wallahualam....

0 Response to ""Anak saya baik, cikgu""

Post a Comment