Kerja Kursus Geografi PMR 2012

Assalamualaikum..
Hari ini cikgu baru berbincang dengan Cikgu Yayah tentang tajuk kerja kursus Geografi PMR bagi murid-murid cikgu tahun ini.  Hasilnya cikgu akan menulis draf untuk tugasan 1 dan cikgu Yayah tugasan 2.  Lazimnya begitulah setiap tahun.....cikgu-cikgu yang akan tolong mencari bahan untuk murid-murid cikgu supaya mereka boleh menyiapkan tugasan mereka mengikut tempoh dan skor A....nampak mudah tapi hanya cikgu geog sahaja yang tahu macamana sukarnya nak membereskan kerja kursus murid-murid ni terutamanya yang berada di kelas paling hujung sekolah harian biasa...di luar bandar pulak tu....tst je la....yang penting eviden mesti ada...


Tugasan 1:  EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN 
                    KAJIAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
* Konsep ekosistem hutan
* Kepentingan ekosistem hutan
* Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
* Kesan ekosistem hutan terganggu
* Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
* Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU

Tugasan 2:  PERNIAGAAN RUNCIT
                   (PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/
                   PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
* Konsep dan jenis perniagaan runcit
* Kepentingan perniagaan runcit
* Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
* Kesan negatif perniagaan runcit
* Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
* Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

0 Response to "Kerja Kursus Geografi PMR 2012"

Post a Comment