Sentuhan AZIMAT atau sentuhan KECUNDANG

Assalamualaikum.....bersua kembali

Sudah agak lama tidak menulis di blog ni....bukan ketandusan idea tapi dek kekangan masa....terpaksa mengorbankan aktiviti menulis buat seketika...Alhamdulillah saat ini diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk kembali mewarnakan blog cikgu ni khusus untuk tatapan anak-anak murid cikgu....almaklum hampir 90% murid-murid cikgu dapat netbook 1Malaysia pertengahan tahun ni...

Minggu ini cikgu dan rakan-rakan semakin sibuk terutamanya memberi sentuhan azimat untuk murid-murid cikgu yang akan menduduki PMR pada 4 hb Oktober ini....dah bersedia ke belum murid-murid cikgu kelas 3 Pintar?....cikgu lihat hari ini masih ada yang ponteng sekolah, camne nak jawab soalan nanti...boleh ke?  Dalam kelas geografi hari ini masih ada lagi yang tidak serius membuat latih tubi... malah masih boleh bergelak ketawa tatkala cikgu dengan seriusnya memberi penerangan @ sentuhan azimat.....hilang kesabaran cikgu dibuatnya....rasanya  cikgu bukan lagi bagi sentuhan azimat tapi dah jadi sentuhan kecundang....agaknya suara cikgu mengherdik murid-murid cikgu di kelas 3 Pintar hari ini turut didengari oleh cikgu kelas sebelah.....lantaklah.....bukan apa, kadang kala cikgu rasa cikgu je yang lebih berdebar-debar, cemas, beria-ria menunjuk ajar terutamanya di saat-saat akhir sebelum ke dewan peperiksaan sementara masih ada berbaki 6 hari lagi....tapi langsung tak diendah oleh segelintir murid-murid yang masih tak ada matlamat hidup....entahlah....

Doa dan harapan cikgu....anak-anak murid cikgu faham walaupun selalu dimarah, dileter.....semuanya itu untuk kebaikan dan kejayaan anak murid cikgu jugak....cikgu sentiasa menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan untuk kalian......semoga murid cikgu  dapat mencipta keajaiban dalam PMR pada tahun ini.

* Kepada semua murid cikgu teutamanya murid-murid 3 Sukses.... GOOD LUCK & WISH YOU ALL THE BEST.....FIGHTING!!!!!! Geografi pasti A....insyaallah


0 Response to "Sentuhan AZIMAT atau sentuhan KECUNDANG"

Post a Comment