Menggapai redha ALLAH

Assalamualaikum...

      Bertemu untuk kesekian kalinya setelah hampir dua tahun menyepi diri. Tempoh masa tersebut cukup untuk cikgu membuat analisis kendiri, bermuhasabah diri, mengenali setiap watak di sekeliling cikgu. Fasa dua tahun itu juga, pelbagai suka dan duka dialami, sama ada bersama murid-murid mahu pun di kalangan guru-guru di sekolah.  Cikgu juga mengisi ruang menambah ilmu dengan membaca pelbagai buku-buku motivasi islamik dan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan. 

     Sebenarnya banyak perubahan dialami oleh cikgu dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang guru, Amalan kronisme yang tinggi, sikap sesetengah insan yang ibarat `kaduk naik junjung', `cakap tak serupa bikin', `talam dua muka' dan pelbagai lagi karenah. Terkadang timbul rasa sedih, kecewa, terkedu, terpana dengan sikap sesetengah insan dan sahabat di sekeliling cikgu.  Walau apapun, semua itu lumrah sebagai seorang insan diuji dan diuji oleh NYA. Ujian itu sebenarnya meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Alhamdulillah semua itu membuatkan cikgu semakin mengenali diri, semakin mendekatkan diri kepada yang maha ESA, semakin mengenali dan berhati-hati dengan watak-watak di sekeliling cikgu...semakin mengenali siapa KAWAN dan siapa LAWAN...siapa SAHABAT dan siapa yang membawa MUDARAT..semakin kuat dan bersemangat mengharungi semua dugaan dan cabaran...FIGHTING!!!

     
Cikgu masih di sini tetap setia dan ikhlas mencurahkan bakti tanpa jemu demi anak-anak murid cikgu walau ada tika dan saatnya usaha cikgu seolah-olah tidak dihargai dan kadangkala diperlekeh.  Namun cikgu percaya keikhlasan dan nawaitu hanya untuk menggapai redha ALLAH...insya ALLAH dipermudahkan segala urusan. Yang penting fikiran sentiasa positif, berbaik sangka...usah pedulikan kata-kata cemuhan di belakang kita....hadapilah insan -insan `hipokrit' di sekeliling kita seperti biasa....dengan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun hati terhiris pedih...kerana insya Allah berganda pahala yang kita perolehi hasil daripada umpatan dan cemuhan mereka.  Kata-kata itu jugalah yang selalu cikgu ucapkan kepada anak-anak murid cikgu.`Be positive' nasihat yang selalu cikgu ungkapkan kepada murid sebenarnya amat sukar dipraktikkan kecuali dengan kekuatan hati dan minda serta semangat yang jitu.

     * Akhirkata, pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan di SMKN, `Usah suka mencari kelemahan orang lain andai diri kita masih banyak yang perlu diperbetulkan'...Nobody is perfect...Sentiasa perbaiki diri. Berbaik sangkalah sesama kita. Always remember,`Our truly BOSS is the only one..ALLAH'. Insya Allah hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH. Wallahua'lam.



0 Response to "Menggapai redha ALLAH"

Post a Comment