Menggapai redha ALLAH

0 comments
Assalamualaikum...

      Bertemu untuk kesekian kalinya setelah hampir dua tahun menyepi diri. Tempoh masa tersebut cukup untuk cikgu membuat analisis kendiri, bermuhasabah diri, mengenali setiap watak di sekeliling cikgu. Fasa dua tahun itu juga, pelbagai suka dan duka dialami, sama ada bersama murid-murid mahu pun di kalangan guru-guru di sekolah.  Cikgu juga mengisi ruang menambah ilmu dengan membaca pelbagai buku-buku motivasi islamik dan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan. 

     Sebenarnya banyak perubahan dialami oleh cikgu dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang guru, Amalan kronisme yang tinggi, sikap sesetengah insan yang ibarat `kaduk naik junjung', `cakap tak serupa bikin', `talam dua muka' dan pelbagai lagi karenah. Terkadang timbul rasa sedih, kecewa, terkedu, terpana dengan sikap sesetengah insan dan sahabat di sekeliling cikgu.  Walau apapun, semua itu lumrah sebagai seorang insan diuji dan diuji oleh NYA. Ujian itu sebenarnya meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Alhamdulillah semua itu membuatkan cikgu semakin mengenali diri, semakin mendekatkan diri kepada yang maha ESA, semakin mengenali dan berhati-hati dengan watak-watak di sekeliling cikgu...semakin mengenali siapa KAWAN dan siapa LAWAN...siapa SAHABAT dan siapa yang membawa MUDARAT..semakin kuat dan bersemangat mengharungi semua dugaan dan cabaran...FIGHTING!!!